Sinopsis :
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan
keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan
dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama yang
merupakan rakan sekuliahnya di Universiti, Syed Aizril.
Syed Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia
kegilaan ramai gadis, limpahan kemewahan meletakkan
ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi.
Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan
telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara
hatinya sendiri."Salahkah Leya mencari sedikit bahagia?
Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina
sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin?
Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."
Kemaafan dipohon dari semua yang berkunjung ke sini.
Kesibukan kerja yang buat aku tidak punya banyak masa
untuk meneruskan pembacaan seperti biasa serta terus
membuat ulasan di sini. Kekangan masa ini juga yang buat
aku terpaksa mencari ulasan dari mereka yang pernah
membacanya di alam maya. Apa yang boleh aku katakan,
novel ini memang BEST... pelbagai emosi yang menyentuh
jiwa timbul ketika membacanya dan patutlah ianya telah
diulang cetak beberapa kali.